aku cuba lari dari realiti
mencari yg hakiki
melupakan segala memori
segala yg tersemat di lubuk hati
aku ingin terus ke destinasi
titik dimana semua ini terjadi
mencari apa disebalik semua ini
mencari apa itu hakiki
aku terima semua ini sebagai dugaan
walaupun ia mencederakan masa kini
lebih baik dari parah dimasa depan
bukan darah merah yg menjadi ukuran
tetapi duka dan nestapa sebuah igauan
bukan niatku utk berbuat begini
hanya turutkan hati
hati mengatakan aku harus berkeras
keras umpama keluli
kesakitan tanpa rupa
namun bengkok juga akhirnya
aku mendiamkan diri
bukan kerana sedih
bukan kerana pilu
hanya menjadi pemerhati kepada dunia
yg sering berputar isinya
sehari kita diatas
belum tentu diatas selamanya
dunia umpama lego
kita yg membinanya
kita juga yg meruntuhkanya
namun apa yg terjadi
aku tetap diri aku
mungkin aku berubah seketika
aku akan kembali
tika diri aku sedar
terima kasih kerana engkau menyedarkan
jiwa yg dibawa arus ombak nafsu liarku
aku sedar
siapa aku
siapa diriku
apa destinasiku
apa objektifku
aku cuma berharap
engkau lupakan semua
mainan mulutku
mainan mindaku
mainan nafsuku
aku cuma pusing kembali dunia
ke orbit yg sebenar
dari landasan yg jauh tersasar
namun kau tidak mengizinkanku
aku tahu kau tidak mengerti
biarlah ia sekadar satu memori
memori manis yg bertukar hitam
ini bukanlah puisi
hanya luahan hati
ikhlas dan tulus
bukan utk menjadi romantis
atau ingin menunjuk diri
hanya apa aku ingin katakan
lupakan saja diriku ini
Friday, February 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
gaggaga, jiwang2..
Post a Comment