Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Sunday, June 20, 2010

art of letting go

my feeling is sad and im cold now
i know you were sad but im wrong now

so please dont make this hard
and please just let me back
i know that you always be my hat

my life is so cold
i want you right here now
dont let this feeling cry tonight

i know that you want me
but as long its over
for the rest of my heart i missing you

so again
its everything we have done before
she everything that I is wishing for
so again
i go away...

Tuesday, June 1, 2010

tribute to pasukan bantuan malaysia

sedang dunia yg satu mula berpecah menjadi dua
keadilan mula kabur dari sinar mataku
pihak ketiga mencari-cari rakan mereka
jari telunjuk hanya mampu mengarah jauh

di dunia nusantara yg kian pudar warnanya
ku cuba sahut akar saktimu
biar dihambur dicerca
takkan jua aku mengalah

sedar akan hadir seorang satria
perwira yg gagah mengusung panji
niat hati takkan berganjak walau digoda
merdeka hati kerana cinta


p/s: hanya ini yg dapat ku lakar buat kamu

Friday, May 21, 2010

kisah pemandu motosikal yg rebel

jam dah tunjuk pukul 1.20 pagi. hujan masih renyai2 turun mencurah tak henti-henti. gua nekad nk balik rumah sbb gua pikir hujan renyai2 ja. xda la nk basah sgt pon kalau balik.

gua start enjin moto ekali5 membe gua. kasi naik, lepak atas moto jap kasi enjin panas baru gua boleh bawak ala2 velentino rossi. sambil tu gua kasi cucuh rokok surya yg ada dalam poket gua. fuhhhh gua sembur asap dia. mmg masyuk asap pekat surya bau sweet2 gitu. pastu gua teruskn perjalanan gua nk balik. hujan renyai2 tp takda nk rasa pon titisan air. mungkin sbb gua bawak mcm pakcik. dlm 40km/j ja sambil gua feeling j.Lo ada blakang gua dok pelok gua rapat2.

lepas dalam 3 km ja perjalanan gua, gua nampak satu lopak air besar. gua dgn smooth ja kasi cilok lopak air tu. kasi ambik ngam2 kt hujung bahagian ada air sikit. "ehh haram j***", moto gua melambung2 masuk dalam lopakait sikit tu tp dalam. gua hampir2 terbabas tp mujur berkat tunjuk ajar valentino rossi, gua maintain cool. seluar gua dah basah separuh takat lutut sebab air percik td. gua mmg nk saman menteri kerja raya sbb tak reti2 nk repair jalan. makan gaji buta ja reja. tu tak tambah duit project yg dia makan sorg. mmg mmg hangin gila time tu. habes semua org gua maki dlm hati. nk maki depan2 gua takut.

gua terus perjalanan. sambil jarang2 gua isap surya gua yg boleh tahan utk perjalanan 15km. sambil gua tgh feeling sorg2 dan dah melupakan peristiwa jatuh lubang td. tiba2 satu lori minyak laju dari arah blakang. time tu plak ngam2 jalan ada lopak air depan aku. pergh. mmg basah habis sekali rokok2 aku. aku angkat jari hantu aku ke arah lori tu. aku pon tak pasti kenapa aku angkat sebab time tu dah pukul 1.30 pg dan jalan tu xdak lampu. kemungkinan lori tu nk nampak mmg sgt sukar. tp gua tetap angkat nk tunjuk rasa tak puas hati gua. lu tunggu la gua ada lori nnt, gua kasi basah semua penunggang motosikal yg gua nampak.

last2 gua sampai rumah dgn basah kuyup walaupun hujan mcm dah berenti. shit!

Tuesday, May 4, 2010

..

its finish
im not superman to save everything
im not a washing machine to clean everything
im just a regular guy TRY to save every single thing
but fail
epic fail!

Sunday, February 7, 2010

masih adakah ruang untuk org jujur?

Ayu, gadis 20-an yg berparas rupa biasa, memiliki jerawat yg boleh tahan banyak dan berkulit hitam. lalu dia bertanya kepada razak, membe lelaki yg telah lama dia kenali

ayu: razak, i lawa tak?
razak: lawaaa. cute sgt. kenapa?
ayu: saja tny. hihi

lalu ayu mengajukan soalan yg sama kepada amran, membe lelakinya yg lain

ayu: am, i lawa tak?
amran: tak lawa. biasa ja i tgk.
ayu: kejamnya u ni. xmaw kawan ngn u dah.

amran hanya tenang..

p/s: dunia penuh dengan kata dusta. terutamanya mypace. hahahaha

Saturday, December 26, 2009

math demon

x=y

x+1=y+1 (tambah 1 kt dua2 belah)

(x+1)²=(y+1)² (tambah kuasa dua)

x²+2x+1=y²+2y+1 (kembangkan)

x²+2x=y²+2y (hapuskan satu pada dua2 bahagian)

d/dx(x²+2x)=d/dy(y²+2y) (bezakan dua2 bahagian)

2x+2=2y+2 (tolak nilai 2)

2x=2y

x=y




mula dgn satu masalah kecik. pastu makin tambah masalah. tp cuba la selesai pelan2. last2 dpt jawapan awai td. mcm tu jugak la dgn kita

Wednesday, December 16, 2009

lumrah

jalan-jalan. jumpa batu hitam. ambik. belek. buang

jalan-jalan. jumpa batu lawa warna-warni. belek. simpan

bukak poket. batu warna-warni luntur warna dah. buang

p/s: manusia tara tu dah

Monday, October 26, 2009

delicate therminology

satu benda yg plg menarik tentang dunia ni, kita taktaw apa yg akan berlaku lepas ni. ya la kalau kita taw mmg dah jadi tak menarik la kn? tak la org tikam nombot ekoq, takdak la org bet time tgk bola dan menjadikan semua benda ni dah tak menarik. tp yg plg penting kita menikmati dunia ni sepenuhnya. masa-masa muda ni la nk cari kenangan, cari kematangan, cari pengalaman. dan yg pasti bak kata ted mosby dalam siri how i meet your mother, "dont postpone your joy". tp ni bukan bermaksud menikmati ke arah yg sia-sia. tp ke arah memberi kenangan.

bercinta. tu rasanya kenangan yg wajib ada dlm seseorg remaja. agak buhung la kalau ada org kata xdak kenangan pasai bercinta. ada saja karenah dan ragam. ada yg stai setiap bulan awek baru, ada yg jenis kekasih awal dan akhir mcm lagu jamal abdillah tu, ada yg jenis awek ramai satu masa. beribu cerita boleh kita dengaq pasai org bercinta ni. tp apa yg baiknya pasai benda ni, kita boleh lebih paham pasal dunia, pasal manusia, pasal komunikasi, dan macam2. semua dalam satu package mudah guna. cantik kan benda ni? tp apa pon biarlah kita terus matang hadapi dunia. walaupun kadang ada jatuh bangun. hati manusia tu kena jaga. bak kata fadel akmal, "hati-hati dengan hati". memang penuh bermakna ayat ni bila 1st time aku dengaq

kawan-kawan. haaaa natang ni la yg satu2 benda aku xleh hidup kalau xdak. bukan kata aku, semua org pon sama. xdak awek xpa lg. xdak kawan, boleh kena penyakit ketandusan pemikiran. dan masa muda ni la rasanya saat paling sesuai untuk dengan kawan2. sbb aku tgk kalau org dah kawin, terutama yg dah lama sikit kawin tu family come 1st. dan time tu la saat kenangan time dgn kawan2 ni jadi cerita kt anak2. dan untuk aku, depa ni la 1st benda aku pikiag kalau nk dekat dgn cuti. menghabiskan masa dgn kawan2 tanpa hirau apa2 pasai pelajaran. mmg saat terbaik dan mimpi indah untuk aku. mungkin ada kawan yg sentiasa dok sebelah kita, ada yg jenis tenggelam timboi, ada jugak yg jenis jumpak skali ja pastu hilang bertahun2. tp tu semua kawan. hebat gak la title kawan ni. senang dan efektif. walaupun kedengaran senang tp nk cari yg betoi2 kawan tu susah. dan aku dah ada beberapa org yg dipanggil kawan dan aku syg depa semua. muahhh3 beliu kawan2. hahaha.

p/s:adib, pastikan projek kita berjalan lancar. kita perlu berusaha keras. its gonna be legend.. wait for it.. dary.. legendary!

Thursday, October 22, 2009

Diskriminasi hayat

benda ni mmg konfem akan terjadi dlm hidup kita kn? terutama kt tempat2 mengaji. konfem ada la berlakunya double standard antara "junior" dan "senior" yg kononnya lebih tua dan berkuasa nk buat apa saja kt junior. aku pon mcm dah pelik dgn benda ni walaupun mmg sentiasa ada disisi aku. mungkin aku x rasa kt sini sbb aku kalau kt rumah mmg kawan dgn semua, dgn budak form 1 pon aku kawan tanpa ada rasa yg "ehh dia ni kecik lg. apa standat kawan dgn dia". mungkin sbb kt rumah aku, memba2 aku langsung tidak mengamalkan diskriminasi umur yg diamalkan oleh pelajar2 bermazhab "xdak akai". yaa itu saja yg aku boleh kata kt golongan ni. tidak berpenah keluar dari kotak hitam sendiri.

ayat "what goes around come around" yg aku baru taw dari membe aku ni mmg dah jadi mainan mulut budak2 bermazhab xdak akai ni. bg depa ini semua misi membalas dendam sbb dulu time depa junior, depa telah dilayan sedemikian rupa. dan layanan yg sama akan dilakukan kepada junior kononnya takut junior ini naik kepala. apa maksud naik kepala bg mereka? adakah bermaksud hanya mereka boleh membuat sesuatu sedangkan junior tidak? adakah mereka ingin berasa berkuasa?. diktator yg boleh aku labelkan. ingat. lepas kita jadi senior, kita akan jadi junior semula. hingga penghujung jalan kita jumpa jalan yg tak boleh kita patah balik.

sebenarnya pelbagai cara yg depa ni guna. dari pengalaman aku, time skolah asrama dulu, senior menggunakan kekerasan untuk menunjukkan kuasa mereka. yakni lebih kepada aktiviti fizikal. tapi mungkin dah lumrah time skolah. tp yg peliknya adalah gejala ini berlarutan ke universiti. aku ingt kt u dah xdak sbb dulu sblm masuk u mmg semua org kata kt u ni lebih kepada konsep hg hg, aku aku. tp nampaknya mazhab ini masih dianuti oleh beberapa makhluk yg bak kata pete doherty "clever not wise". dengan cara yg lebih licik, di universiti mazhab ni lebih mengamalkan konsep memulau junior. mungkin kedengaran seperti mengarut tetapi ada juga berlaku walaupun tidak memberi terlalu banyak efek kepada kehidupan.


kepada mereka yg menganuti mazhab "xdak akai" ni. tlg lah kembali ke jalan yg lurus. bertaubatlah sebelum terlambat.

Tuesday, October 20, 2009

kisah ringkas

osman: hye awk

rosnab: hye.. erm.. awk suka saya tak?

osman: (awat dia ni tiba2 tanya soalan mcmni). ermm suka la. awat?

rosnab: saja la tny. syg banyak mana?

osman: (isk dia ni tanya sropa dia tak tau ja). suka banyak2 la. ha awk suka saya tak?

rosnab: emm sbb awk ckp suka td, saya pon suka la

osman: (tudia nampak sgt suka aku sbb terpaksa ja) habis kalau saya kata tak suka?

rosnab: hmm saya pon tak suka la dah awk kata tak suka. awat?

osman: (nampak sgt dah kata x suka, xdak pendirian. tak pa aku test lg.) haaa mcmna kalau saya yg tanya awk dulu, awk nk jawab apa?

rosnab: saya jawab x suka. sbb malu.

osman:( dgn aku nak malu? betoiiinya. kalu mcm tu aku pon boleh gak). ohh macam tu saya pon tak suka awk.

rosnab: *&%#%^**%%^

lalu osman dimaki sepuas hati. padan muka dia. hahaha

p/s: pandai2 la ampa ambik pengajaran noh

Sunday, September 27, 2009

when memory and memories come together

cuti seminggu aku dah berakhir. tp aku rasa puas hati sgt2 dgn cuti yg sesingkat ni. aku dapat melakukan semua benda yg aku nk. aku boleh beraya sakan, sempat main futsal, sempat record lagu, sempat karoke dgn qawi, sempat pi mkn popcorn kt tasik, sempat jumpak semua kesayangan aku. aku puas.

tp aku dok pikiag. mampukah semua ni bertahan? sampai bila aku mampu buat semua ni? dgn usia yg dok koi naik ni. aku rasa lepas ni aku dah x boleh menikmati semua ni. teringat lagi aku time kecik2, dok kayoh gerek, main tuju kasut, pi dok sauk ikan dkt parit tepi surau taman aku. memang bahagia gila time tu. x payah pikiag apa. tp lani semua tu dah tinggai kenangan dah. aku rasa mungkin dlm 5-10 thn lg benda2 yg aku baru rasai ni akan tinggai kenangan.

kadang bila teringat masa2 muda dulu, mmg boleh gelak sorg2. kwn2 dgn perangai masing. lawak kot. ada yg stai main bola dalam surau sekolah pastu kena katok dgn pak jan (cikgu disiplin yg mcm pelaq sikit prangai). ada yg stai dok cc x reti nk balik rumah. ada yg pam org x ingat dunia tp lama2 dia lagutu jugak. ada yg jenis kt dlm skolah baik gila, tp kt luaq buas nk mampoi. ada yg kt skolah buas (samseng skolah la konon) tp kt luaq truih jadi ponen jalan kepit kote. hahaha. adoi lawak bila teringat balik

aku harap benda ni semua aku ingt sampai bila2 walaupun aku taw sedikit masa lagi aku dah x dapat rasai semua benda ni. kalau aku boleh record semua ni buat video, memang aku simpan semua ni pastu buat cerita series. haha. lanie aku nk balik jb. lepas ni senyap sat. bye

maaf kerana terpaksa pergi untuk masa depan

Saturday, September 5, 2009

teladan zaman

dia datang lagi
dia hidup kembali
dengan agenda penuh bererti
bukan sahaja utk memuaskan hati

bila putih menipu si hitam
si hitam tetap dikecam
walaupun hanya tuhan yg boleh tentukan

putih tetap putih
hitam tetap dihina

Tuesday, September 1, 2009

touch the dead

when im die

people knew

there just thing that i cant do

i just cant

bury myself

people ask me why i lie

i just cant care myself

i will make it while im die

why must me

until my life

i will spill my love with you

Wednesday, July 29, 2009

justice?

sugar is gold
for people who suffer in justice
with other power try to manipulate
and go for war in the name of peace

will it end? will it last forever?
or i just our imagination
where is the real justice?
where is freedom?

Saturday, July 25, 2009

communication is a problem?

situasi 1:

nelly dilahirkan di kota yg pesat membangun di tgh2 tanah malaya iaitu kuala lumpur. setelah lama di sana, di berpindah ke utara tanah air kerana mengikut keluarganya. setelah membiasakan diri di pekan kecil bernama jitra, dia telah fasih dengan cara percakapan loghat utara dan mampu berkomunikasi dgn berkesan. jika sesiapa yg tidak mengenalinya mungkin menganggap dia berasal dari kedah.

baru2 ini nelly mula melibatkan diri di dalam dunia alam maya. di sana dia bertemu dgn rakan2 lamanya yg berasal dari kuala lumpur. dirinya kembali berasa seperti dulu. dan dia mula menulis blog. blognya ditulis mengunakan loghat kuala lumpur. dan kawan2nya yg berasal dari jitra mula membaca blognya dan berkata "esh nelly ni dok bajet KL apa xtaw". lalu nelly mula dijadikan bahan dan gosip2 panas. nelly bersedih dan pasrah dgn apa yg berlaku.

situasi 2:

nanad merupakan anak jati pekan jitra. kemudian dia mendapat kerja di Kuala Lumpur. dia dengan semangat yg tidak berbelah bahagi terus hidup di sana menjalani hidup untuk mencari rezeki. disebabkan kerjanya yg memerlukannya berkomunikasi dgn org2 di KL, dia terpaksa belajar loghat KL yg bg org kedah ia tidak sukar untuk dipelajari.

dia terus bahagia di KL dan kadang kala dia pulang ke jitra kampung halamannya untuk berjumpa dgn rakan2 seperjuangannya dulu. oleh kerana terbiasa dgn percakapan di kuala lumpur, dia terlepas kata dgn mengeluarkan loghat kuala lumpur ketika bersembang dgn rakannya. rakan2 nanad menjadikan dia sebagai bahan tawa.


konklusi:

kita tgk situasi pertama dimana org yg berasal dari kuala lumpurberpindah ke jitra. adakah salah dia menggunakan bahasa KL kerana di dalam hatinya mmg bahasa itu yg hadir dalam seluruh jiwanya. dan dia menggunakan bahasa kedah hanya untuk memudahkan komunikasi.

di situasi kedua nanad yg berasal dari kedah dan bekerja di kuala lumpur telah dijadikan bahan kerana bercakap dalam loghat kuala lumpur. adakah salah baginya bercakap dgn loghat KL dan dilabel bajet KL? adakah dia patot dilabel sebagai lupa diri?

aku pon xtaw la. tu semua atas individu kot yg menilai. aku dah 3 thn dok kt jb. kira banyak hidup aku kt jb dari kt jitra. tp aku boleh ja dok ckp kedah lg. habis desperate pon aku ckp bahasa baku. penah sekali aku kena gelak dgn brader kedai makan sbb time order aku terlepas kata pi sebut ayag nyog. pastu dia teruih terpingga2. haha. nmpk sgt dia ni JB tepu. pastu aku sebut ayag kelapa. dia gelak teruih dgn cara aku ckp kelapa yg sgt2 baku dan bukan kelape yg mcm org jb sebut. tp aku rasa tu benda biasa. aku x perlu pon jadi pengecut dan menggunakan loghat jb disebabkan aku malu dgn loghat kedah. rasa semua tu x perlu. yg penting dia paham, aku pon paham. hanya itu yg penting dlm komunikasi. receiver dapat maklumat yg kita nk bg. so xpayah la nk jatuhkan org lain sbb dia x gunakan bahasa seperti bahasa apa yg hampa guna. kn?