Thursday, October 28, 2010

Kisah khamis malam jumaat



*kisah ini berdasarkan kisah benar

khamis mlm jumaat:

9.00 malam

gua bergegas ke fakulti disebabkan hasutan kawan2 utk menyiapkan kerja berkumpulan yg telah diberikan. gua mmg wajib pergi sebab kerja tu atas pantauan gua sebagai ahli ekonomi kumpulan separa sesat tersebut. kumpulan yg memegang moto "mari anjing menganjing" ini merupakan pertubuhan yg sihat untuk menghasilkan pakar-pakar peng-galak-kan global warming a.k.a jurutera petroleum. perbincangan kami pada malam ni lebih berkisarkan kisah seram masing2. ya la. malam jumaat apa lg story best nk cerita kn3?

setelah jam menghampiri 2.15 pg, kerja-kerja yg dihasut telah siap sepenuhnya. rakan2 yg lain mula mencabul utk pergi makan atas permintaan perut yg penat memerah keringat menganjing sekeliling. gua turut serta dalam aktiviti mengisi perut sebab aktiviti ni mmg antara aktiviti faveret gua. gua sampai agak lambat sedikit dari kawan2 yg lain disebabkan moto gua cuma c70, manakan mampu melawan superbike2 yg dirempit mereka. setelah sampai gua terus ke gerai burger di sebelah meja tempat kawan2 gua membuat empayar. "bang, order burger ayam special satu meja depan ni", pesan gua dgn suara yg lemah lembut mcm zamani. Dgn angkuh brader burger berambut wolverine tu menjawab "dah dah pi ambik order kat meja, kat sini tak terima order". mmg time tu gua rasa mcm nk bg pecah muka dia ja. tp gua takut dia kasi keluar kuku besi dia tores muka gua yg jambu ni. so lepas gua order kat meja, gua tunggu.

gua tunggu..

gua tunggu..

jam dah melewati 3.15 pg. sudah hampir sejam gua menunggu burger yg gua order tp tak sampai2. rakan2 pon dah stat bergegas ke kaunter pembayaran menandakan mereka mahu pulang. gua nekad tunggu disebabkan perut gua ni sudah meraung seperti kanak2 ingin berkhatan. sementara gua tunggu brader tu bungkuskan burger-terbengkalai gua tu siap, gua lepak blakang gerai tu. tiba2 datang fadhil. si pencabul a.k.a anti-hantu datang tiba2 mencari rezeki kat situ. so gua cancel la bungkus. nk lepak mkn dgn fadhil.

jam 4 pagi. hujan turun dgn lebat secara tiba2. pelanggan2 kat kedai tu semua sudah licin dijilat gelap malam. yg tinggal hanya 2 meja. meja aku dan meja abg berkaca mata kat sebelah tu yg tgh kusyuk menghadam roti canai. dalam hati gua, "damn hujan mcmna aku nk balik!". setelah seketika, hujan mula renyai. jadi duit dijamu kepada kaunter pembayaran dah aku mula mengerak kaki yg berat utk pulang.

aku mula meredah hujan renyai seorg diri. fadhil dan aku punya arah tuju yg berbeza. dgn hujan renyai yg menemani jalan ku pulang, kotak pikiran mula diterjah dgn cerita seram yg baru dikongsi sebentar td. dgn nyanyian sejiwa oleh spring menjadi peneman aku sepanjang perjalan. mata aku tidak sekali pun melihat cermin pandangan sisi yg disediakan oleh honda.

tiba-tiba..

********efek sunyi bersama bunyi jantung********

hati gua mula merasa seram..

gua lihat kat depan gua..
















eh. dah sampai blok. masuk bilik. salin baju. layan crita 3 idiots sampai cerah. masyuk!
p/s: maaf karangan saya terpesong

Wednesday, October 27, 2010

the new chapter



its not just about existing
its about living

so stop being puppet and start your own life. dont let the destiny choose you