Showing posts with label kisah benar. Show all posts
Showing posts with label kisah benar. Show all posts

Thursday, November 4, 2010

adib berjumpa ponen

watak utama dalam cerita ini:


Adib Dee (anda boleh search di facebook)


cerita ini bermula apabila gua melawat adib di rumahnya di subang. pada suatu malam yang membosankan, adib telah mengajak gua pergi berjalan-jalan di kota raya kuala lumpur. jam pada masa itu sudah melewati pukul 2 pagi. sambil memberi idea tempat-tempat yang boleh menghilangkan bosan, adib telah disekat oleh polis di suatu sekatan jalan raya. mujurlah tidak ditahan walaupun polis agak muskil kanak-kanak sebesar itu mampu membawa kereta dan keluar pada lewat malam.

gua telah menyebut satu tempat yang "best" nak pi lepak, gua tgk time tu muka adib pon agak excited nk pi. sampai ja kat area tu, gua suruh adib kona kereta ikan dia tu masuk. "lorong haji taib 5" tertulis kat hujung jalan tu.

masa awai lalu tu, nampak la permandangan org-org jual ubat-ubat penguat seks yang mmg sangat diperlukan oleh adib. pastu kami teruskan lagi follow jalan tu. nampak balai polis. "argh mcm salah tempat ja ni", kata gua dalam hati. pada hujung blok tu, ada satu tangga. gua tgk mata adib tak berkelip dah time tu. ada awek lawa gila, hot, mengancam seksi. gua tgk adib time tu dah mula perejas seluaq dia bg betoi.

gua pelan-pelan bersuara.

adib.. tu ponen tu....

adib terus bawak kereta laju-laju tak ingt dunia.

p/s: siapa sangka gadis secantik itu adalah seorang ponen.


Thursday, October 28, 2010

Kisah khamis malam jumaat



*kisah ini berdasarkan kisah benar

khamis mlm jumaat:

9.00 malam

gua bergegas ke fakulti disebabkan hasutan kawan2 utk menyiapkan kerja berkumpulan yg telah diberikan. gua mmg wajib pergi sebab kerja tu atas pantauan gua sebagai ahli ekonomi kumpulan separa sesat tersebut. kumpulan yg memegang moto "mari anjing menganjing" ini merupakan pertubuhan yg sihat untuk menghasilkan pakar-pakar peng-galak-kan global warming a.k.a jurutera petroleum. perbincangan kami pada malam ni lebih berkisarkan kisah seram masing2. ya la. malam jumaat apa lg story best nk cerita kn3?

setelah jam menghampiri 2.15 pg, kerja-kerja yg dihasut telah siap sepenuhnya. rakan2 yg lain mula mencabul utk pergi makan atas permintaan perut yg penat memerah keringat menganjing sekeliling. gua turut serta dalam aktiviti mengisi perut sebab aktiviti ni mmg antara aktiviti faveret gua. gua sampai agak lambat sedikit dari kawan2 yg lain disebabkan moto gua cuma c70, manakan mampu melawan superbike2 yg dirempit mereka. setelah sampai gua terus ke gerai burger di sebelah meja tempat kawan2 gua membuat empayar. "bang, order burger ayam special satu meja depan ni", pesan gua dgn suara yg lemah lembut mcm zamani. Dgn angkuh brader burger berambut wolverine tu menjawab "dah dah pi ambik order kat meja, kat sini tak terima order". mmg time tu gua rasa mcm nk bg pecah muka dia ja. tp gua takut dia kasi keluar kuku besi dia tores muka gua yg jambu ni. so lepas gua order kat meja, gua tunggu.

gua tunggu..

gua tunggu..

jam dah melewati 3.15 pg. sudah hampir sejam gua menunggu burger yg gua order tp tak sampai2. rakan2 pon dah stat bergegas ke kaunter pembayaran menandakan mereka mahu pulang. gua nekad tunggu disebabkan perut gua ni sudah meraung seperti kanak2 ingin berkhatan. sementara gua tunggu brader tu bungkuskan burger-terbengkalai gua tu siap, gua lepak blakang gerai tu. tiba2 datang fadhil. si pencabul a.k.a anti-hantu datang tiba2 mencari rezeki kat situ. so gua cancel la bungkus. nk lepak mkn dgn fadhil.

jam 4 pagi. hujan turun dgn lebat secara tiba2. pelanggan2 kat kedai tu semua sudah licin dijilat gelap malam. yg tinggal hanya 2 meja. meja aku dan meja abg berkaca mata kat sebelah tu yg tgh kusyuk menghadam roti canai. dalam hati gua, "damn hujan mcmna aku nk balik!". setelah seketika, hujan mula renyai. jadi duit dijamu kepada kaunter pembayaran dah aku mula mengerak kaki yg berat utk pulang.

aku mula meredah hujan renyai seorg diri. fadhil dan aku punya arah tuju yg berbeza. dgn hujan renyai yg menemani jalan ku pulang, kotak pikiran mula diterjah dgn cerita seram yg baru dikongsi sebentar td. dgn nyanyian sejiwa oleh spring menjadi peneman aku sepanjang perjalan. mata aku tidak sekali pun melihat cermin pandangan sisi yg disediakan oleh honda.

tiba-tiba..

********efek sunyi bersama bunyi jantung********

hati gua mula merasa seram..

gua lihat kat depan gua..
















eh. dah sampai blok. masuk bilik. salin baju. layan crita 3 idiots sampai cerah. masyuk!
p/s: maaf karangan saya terpesong

Saturday, June 26, 2010

Jangan ajar adik anda yg bukan bukan

perut gua tgh lapar. mcm biasa la. gua cari port mkn gua tgh2 hari. gua pi la restoran dkt aneka. lepak2 mkn sambey tgk budak2 kecik baru nk up dressing mcm budak kola nerang turun loqstag sementara mata dok liar2 tgk mata org. mata tau kot ada org usha depa. boleh la bajet lawa.

gua lepak sorg ja. sambil roger2 membe gua ada kt mana. sebelah meja gua ada tiga org gadis dan sorg budak kecik. mungkin adik salah sorg dari depa la kot. gua punya bosan. gua rilex. pasang la telinga tgk depa sembang

gadis 1: wei, aku risau la
gadis 3: awat?
gadis 1: aku takut bocoq. dah la tak bawak spare
gadis 2: haa jom la pi beli. kt guardian. satgi jadi apa2 satgi susah
gadis 3: hg pakai apa? kotex ka?
gadis 1: haa.. jom2.

sementara nk tunggu org mai meja depa nk kira. adik perempuan dia bersuara

"kak, kote tu apa?"

gua kalih tgk gadis2 tadi. muka cuak sorg2 taktau nk jawab.

Friday, June 18, 2010

penyapu ajaib

Sekarang gua tgh praktikal. gua hari2 lepak workshop. main besi. badan gua sikit lagi nk mcm sazali samad dah. gua taw hampa mesti mula nk kata aku ni perasan takpun bajet tough. tp gua tetap control macho baik punya ala-ala keeper nigeria tengah fly nk tepis bola sambil dalam otak dok pikir wartawan tgh tangkap gambar dia nk masuk paper pagi besok.

skop kerja gua dalam workshop ni takda la teruk sgt. setakat tolong potong besi mengikut saiz drawing yg dah ditetapkan. slain tu gua jadi helper utk angkat besi2 dan barang2 berat. dan kerja harian yg plg kerap gua buat ada housekeeping atau dalam bahasa jawa disebut menyapu sampah.

sampah kt workshop gua takdak la mcm sampah sarap dkt tapak pasar mlm. sampah kt workshop gua ni kebanyakannya cip cip besi yg bertaburan bagai butiran pasir di pantai ja. tp gua cukup kagum dgn workshop gua sbb kt workshop gua ada satu penyapu ajaib gila. penyapu ni bila kita kasi sapu cip besi kat lantai tu, terus hilang bagai mat rempit takdak lesen yg nampak ada roadblock. hilang entah ke mana. gua sampai sekarang masih musykil dgn "kuasa" penyapu ni. cukup ajaib. hebat gila mekanisma penyapu ni. gua syak penyapu ni dah dijampi dgn kuasa sihir harry potter. gua akan cuba kaji salah silah penyapu ni dah gua akan inform balik secepat mungkin.

p/s: kat penyapu tu ada tulis "magnetic broom".

Friday, May 21, 2010

kisah pemandu motosikal yg rebel

jam dah tunjuk pukul 1.20 pagi. hujan masih renyai2 turun mencurah tak henti-henti. gua nekad nk balik rumah sbb gua pikir hujan renyai2 ja. xda la nk basah sgt pon kalau balik.

gua start enjin moto ekali5 membe gua. kasi naik, lepak atas moto jap kasi enjin panas baru gua boleh bawak ala2 velentino rossi. sambil tu gua kasi cucuh rokok surya yg ada dalam poket gua. fuhhhh gua sembur asap dia. mmg masyuk asap pekat surya bau sweet2 gitu. pastu gua teruskn perjalanan gua nk balik. hujan renyai2 tp takda nk rasa pon titisan air. mungkin sbb gua bawak mcm pakcik. dlm 40km/j ja sambil gua feeling j.Lo ada blakang gua dok pelok gua rapat2.

lepas dalam 3 km ja perjalanan gua, gua nampak satu lopak air besar. gua dgn smooth ja kasi cilok lopak air tu. kasi ambik ngam2 kt hujung bahagian ada air sikit. "ehh haram j***", moto gua melambung2 masuk dalam lopakait sikit tu tp dalam. gua hampir2 terbabas tp mujur berkat tunjuk ajar valentino rossi, gua maintain cool. seluar gua dah basah separuh takat lutut sebab air percik td. gua mmg nk saman menteri kerja raya sbb tak reti2 nk repair jalan. makan gaji buta ja reja. tu tak tambah duit project yg dia makan sorg. mmg mmg hangin gila time tu. habes semua org gua maki dlm hati. nk maki depan2 gua takut.

gua terus perjalanan. sambil jarang2 gua isap surya gua yg boleh tahan utk perjalanan 15km. sambil gua tgh feeling sorg2 dan dah melupakan peristiwa jatuh lubang td. tiba2 satu lori minyak laju dari arah blakang. time tu plak ngam2 jalan ada lopak air depan aku. pergh. mmg basah habis sekali rokok2 aku. aku angkat jari hantu aku ke arah lori tu. aku pon tak pasti kenapa aku angkat sebab time tu dah pukul 1.30 pg dan jalan tu xdak lampu. kemungkinan lori tu nk nampak mmg sgt sukar. tp gua tetap angkat nk tunjuk rasa tak puas hati gua. lu tunggu la gua ada lori nnt, gua kasi basah semua penunggang motosikal yg gua nampak.

last2 gua sampai rumah dgn basah kuyup walaupun hujan mcm dah berenti. shit!

Sunday, May 9, 2010

zaman terlampau maju

zaman sekarang gua rasa cukup "interesting". gua kadang sampai takleh nk catch up dgn zaman urban ni. benda yg paling maju gua nampak sekarang ni ialah facebook. mmg cukup canggih facebook ni. gua penah nampak ada mak yg suruh anak angkat kain kat penyidai pakai facebook. anak suruh mak beli kfc pakai facebook. member order nasik sebab malas nk keluar pakai facebook. gua rasa lepas lepas ni sistem sms dgn call mmg takleh cari makan dah. sebab semua benda dah pakai facebook. mmg cukup "interesting".

tp ni benda baru gua nampak kat facebook.



orang berdoa pakai facebook. mmg cukup canggih. gua rasa org sekarang lagi suka picit facebook dari tadah tangan kat tuhan.

p/s: gua tgh tunggu org mintak cerai pakai facebook

sembang bodo petang-petang

duduk petang2. dengan biskut tiger ataih meja bersama ayag pepsi panas2 mmg masyuk. pastu sambey dok sembang bodo, membe gua tanya soalan bodo kt gua "wei awat blog hg simple gila. awat tak edit2 sikit boh layout apa boh background semua."

gua gelak sorg-sorg. makin lama makin kuat. tp membe gua blur sebab dlm hati gua dok pikiag "hahaha budak ni taw la baru buat blog pon. saja nk habag blog dia lawa la tu. warna warni." gua terus gelak kt dia sampai gua rasa benda tu dah tak lawak.

gua saja nk tak edit blog sebab blog ni gua sendiri yg baca. so gua xda nk gua font kaler2. sat kuning, sat merah, sat hijau. buat sakit mata gua sendiri ja. kalau mata gua sakit, mata org yg tgk blog gua lagi sakit.

gua malas letak background mcm gambar-gambar2 abstrak, gambar2 comel apatah lagi gambar paris hilton yg seksi tayang kuih pau dia yang tak seberapa tu. gua rasa benda tu tak membantu pon presentation blog gua. lagi menyakitkan mata ada la. cukup la gua letak header sikit bg nampak ceria. mcm rumah la. pagar mau grand walaupun isi dalam rumah sekadar tilam bujang dgn tv 14 inci serta pemain dvd untuk tengok filem menarik bila rumah kosong takdak orang kacau line.

p/s: gua bukan blogger tegar. mahupun blogger otai. gua cuma tulis untuk pesanan diri gua dan rakan2

Tuesday, February 9, 2010

heran

lelaki x dikenali: weh pakai croc noh lani
aku: haa, beli kt membe2

lalu dia blah. apa motif dia? =.=

Sunday, February 7, 2010

masih adakah ruang untuk org jujur?

Ayu, gadis 20-an yg berparas rupa biasa, memiliki jerawat yg boleh tahan banyak dan berkulit hitam. lalu dia bertanya kepada razak, membe lelaki yg telah lama dia kenali

ayu: razak, i lawa tak?
razak: lawaaa. cute sgt. kenapa?
ayu: saja tny. hihi

lalu ayu mengajukan soalan yg sama kepada amran, membe lelakinya yg lain

ayu: am, i lawa tak?
amran: tak lawa. biasa ja i tgk.
ayu: kejamnya u ni. xmaw kawan ngn u dah.

amran hanya tenang..

p/s: dunia penuh dengan kata dusta. terutamanya mypace. hahahaha

Monday, January 11, 2010

kisah seram di asun

seperti malam-malam sebelumnya, aku dok pikiag apa nk buat mlm ni. biasa la time2 cuti ni. mlm rasa kosong. kalau kt universiti, dok pikiag gak nk keluag mkn apa. tp kt rumah dah mak sedia apa semua. aku ambik telefon yg dok tgh charger tu. sambey menekan punat2 hp tu, mata aku dok mencari nama "qawi celcom". dah jumpak terus aku tekan butang call. "hello qawi. nk keluag dak mlm ni. jom melepak". lalu qawi balas dgn ringkas "aku malas nk bawak keluag kereta. mai ambik aku xpa la". dalam hati aku dok taw dah tobat dia takut time balik nnt sorg2. pikiag sorg2 sat pastu trus aku msg qawi "hg tunggu, aku pi ambik hg".

bila dah pi ambik qawi, dia mintak kebenaran encik halim apa semua. kami keluag la melepak. mula skali, pi area aneka. pi jamming sat. mcm biasa la. main pon 3 piece. adib xdak. aku lah yg dok kena kandaq gitar bass hat berat nak mampoih tu. habis pada tu. kami lajak pi mkn charkuetiau. tiba2 lapag char xdak udang kerang lebih. minum2 mcm biasa. sembang pasai masalah masing2. cerita2 dunia. gosip2 panas. kisah2 lama. kira senang kata sembang kosong la. pastu tgk jam dah 12.30 mlm. qawi pon dah dok start ajak blah. aku follow ja la. time hantag tu. sampai depan rumah qawi dia terus kata "kalau hg tak berani, mai la tidog rumah aku dulu. besok la balik". aku kuatkan semangat ja. time tu xdak pikiag apa walaupun banyak cerita2 seram kat asun tu. qawi pon kerap la cerita. pastu aku ckp kt qawi "xpa aku balik la. aku ok ja". pastu masuk gear D (kereta auto cikgu yati mmg mudah nk bawak). aku bawak la slow2 sambey pulas volume radio bg deras sikit. time tu dok pikiag nak balik ja.

pastu tiba2 aku rasa seram sejuk. haihhh. aku usha la cermin blakang. haaa lega xdak apa pon. aku slow balik volume radio kot2 ada bunyi2. sebab qawi banyak dok cerita mcm2 jalan nk masuk umah dia tu. ada kadang dngaq bunyi org teriak, kadang nampak lembu kaler putih melintas sekoq dia ja dan yg paling latest dan ngeri tu dia nampak bayang hitam dok dekat seat blakang. aku mula dok pikiag mcm2. xpa beranikan diri ja. pastu aku mula usha keliling. meter reta masih maintain 20km/j. pastu. bummm! bunyi tayar masuk lubang. haih. x perasan lubang. bawak slow lagi. dengan bulu roma dok tegak dah ni. mmg dok rasa mcm benda tu ada dekat sbb aku tutup aircond, tingkap pon aku bukan dlm 2 inci ja. tp sejuk smcm. sampai depan sikit, ada lampu reta. haaa lega. ada org. terus aku bawak deraih x tgk blakang ka kiri kanan apa dah. hahaha. sampai simpang highway tu terus pederas tak ingat apa. sambey capai hp msg kt qawi "aku selamat dah!". hahaha. tp lepas ni aku xmaw dah la antag qawi lewat2. seram oiii sorg2

p/s: sapa dok rasa nk try tu. boleh la pi kot asun tu sorg2 lewat2 mlm. tp kena berbekalkan cerita2 seram dulu la. baru la ada feel dan tangkap orat pikiag. hahahhaa

Wednesday, December 16, 2009

bosan

pusing kiri, ada pintu

pusing kanan, ada tingkap

tgk bawah, ada seluar

tarik seluar, ada benda

senyum sorg2

Tuesday, October 20, 2009

kisah ringkas

osman: hye awk

rosnab: hye.. erm.. awk suka saya tak?

osman: (awat dia ni tiba2 tanya soalan mcmni). ermm suka la. awat?

rosnab: saja la tny. syg banyak mana?

osman: (isk dia ni tanya sropa dia tak tau ja). suka banyak2 la. ha awk suka saya tak?

rosnab: emm sbb awk ckp suka td, saya pon suka la

osman: (tudia nampak sgt suka aku sbb terpaksa ja) habis kalau saya kata tak suka?

rosnab: hmm saya pon tak suka la dah awk kata tak suka. awat?

osman: (nampak sgt dah kata x suka, xdak pendirian. tak pa aku test lg.) haaa mcmna kalau saya yg tanya awk dulu, awk nk jawab apa?

rosnab: saya jawab x suka. sbb malu.

osman:( dgn aku nak malu? betoiiinya. kalu mcm tu aku pon boleh gak). ohh macam tu saya pon tak suka awk.

rosnab: *&%#%^**%%^

lalu osman dimaki sepuas hati. padan muka dia. hahaha

p/s: pandai2 la ampa ambik pengajaran noh

Wednesday, October 7, 2009

kisah udang disebalik cucur

aku macam biasa la. lepas penat dengar lecturer berletiag pasai reservoir condition dan bagaimana nk mengira isipadu hydrokarbon, aku mula melangkah keluar dari kelas dgn kepala yg dah tepu seperti keadaan stesen bas butterworth pada hari minggu yg sesak dgn pendatang asing. semak pala weh!. haha tp aku masih melangkah dgn penuh senyuman kerana destinasi seterusnya selepas kelas adalah gerai cucur udang dekat dgn blok aku. cucur dia ni mmg agak terbaik sbb time kita order tu baru dia nk goreng. mmg makan panas2 la wa ckp lu. meleleh ayag lioq beb.

bila sampai tu. lepas mengenal pasti meja yg kosong dah cuma menyelesakan diri dgn keadaan sekeliling. aku seluk poket aku. ambik kotak rokok sampoerna dah mengoncang2. haram sungguh tinggai sebatang. lalu aku batalkan niat aku nk isap sbb sbtg tu nk reserve lepas makan satgi. plan mau cantik. dok sat, makcik kedai cucur tu mai. dgn ckp loghat utara dia mai tanya aku, adik nk minum apa. aku pon jawab la teh tarik satu. cucug udang seringgit. pastu time makcik tu nk blah, aku panggey balik sbb nk tambah order. "makcik makcik". dia dgn laju beralih pastu kata "makcik? amboi tua sgt ka nk panggey makcik". aku pon jawab "haa kak. tambah kropok lekor seringgit lagi noh". padahai time tu dalam hati aku dok kata "cuih dok berasa muda apa xtaw makcik ni. mujuq aku x mkan lagi. kena la puji satgi tkt dia dok buat deje dok antag cucug aku lewat stgi bodo ja". pastu sambey dok tunggu cucug aku mai aku dok usha la org mai. ada hat mai dgn awek. dgn buat muka megah mcm dia sorg ada awek. kalau lawa xpa la gak. ada gak yg mcm aku, mai mkn lepas kelas sbb aku tgk depa semua pakai kemas smcm dgn kasut tutup siap.

pastu dok sat cucug aku sampai. aku ambik la letak rapat sikit bg mudah makan. yala takut kuah kacang tumpah stgi org kata tak sopan plak kan. pastu aku kelebet punya kelebet cucug tu, aii udang ni ada bahagian ekoq ja. badan dia hilang mana. aku pon heran la. xpa la. dgn niat ingin tahu, time nk bayag tu aku tanya la makcik muda tu td. "makcik awat dalam cucug ni ada ekoq udang ja?". pastu dgn penuh keyakinan makcik tu jawab "ha baik kn makcik? setiap cucug ni makcik boh seekor udang". time tu aku rasa jisim kaki aku dah kurang menjadi suku dari jisim asal. rasa ringan ja nk sepak ja makcik ni. lawak sungguh noh makcik ni? boleh masuk rancangan spontan kot? hahaha

Sunday, September 27, 2009

when memory and memories come together

cuti seminggu aku dah berakhir. tp aku rasa puas hati sgt2 dgn cuti yg sesingkat ni. aku dapat melakukan semua benda yg aku nk. aku boleh beraya sakan, sempat main futsal, sempat record lagu, sempat karoke dgn qawi, sempat pi mkn popcorn kt tasik, sempat jumpak semua kesayangan aku. aku puas.

tp aku dok pikiag. mampukah semua ni bertahan? sampai bila aku mampu buat semua ni? dgn usia yg dok koi naik ni. aku rasa lepas ni aku dah x boleh menikmati semua ni. teringat lagi aku time kecik2, dok kayoh gerek, main tuju kasut, pi dok sauk ikan dkt parit tepi surau taman aku. memang bahagia gila time tu. x payah pikiag apa. tp lani semua tu dah tinggai kenangan dah. aku rasa mungkin dlm 5-10 thn lg benda2 yg aku baru rasai ni akan tinggai kenangan.

kadang bila teringat masa2 muda dulu, mmg boleh gelak sorg2. kwn2 dgn perangai masing. lawak kot. ada yg stai main bola dalam surau sekolah pastu kena katok dgn pak jan (cikgu disiplin yg mcm pelaq sikit prangai). ada yg stai dok cc x reti nk balik rumah. ada yg pam org x ingat dunia tp lama2 dia lagutu jugak. ada yg jenis kt dlm skolah baik gila, tp kt luaq buas nk mampoi. ada yg kt skolah buas (samseng skolah la konon) tp kt luaq truih jadi ponen jalan kepit kote. hahaha. adoi lawak bila teringat balik

aku harap benda ni semua aku ingt sampai bila2 walaupun aku taw sedikit masa lagi aku dah x dapat rasai semua benda ni. kalau aku boleh record semua ni buat video, memang aku simpan semua ni pastu buat cerita series. haha. lanie aku nk balik jb. lepas ni senyap sat. bye

maaf kerana terpaksa pergi untuk masa depan

Tuesday, September 22, 2009

lemang bujang

proses mencari daun pisang di hutan rimba azmi sarip

perancang utama merangkap pengempur berani mati sedang melakukan proses penyediaan bom buatan sendiri

antara krew2 yg terlibat dan sedang melakukan kerja mereka dgn tekun dan waspada

proses pembakaran dilakukan dengan sempurna untuk mendapatkan hasil yg terbaik.


maka terhasillah lemang bujang yg mantap dan cukup lemak berkerim disukai ramai. terima kasih kepada model kami iaitu udin bogotova kerana sudi bergambar walaupun keletihan

Thursday, July 30, 2009

telan mati mak luah mati pak

loq;hye artis
adib: apadia budak pelaq ni
loq: haram sungguh hg ni. taw la artis.
adib: dok x dok mai dok panggey aku artis. SUKA..
loq: deje takat jadi artis ni belagak
adib: ha aku artis. awat? jeles?
loq: deje dok juah dah.
adib: pelaq sungguh. marah x kena. juah x kena.
loq: hahaha. saja la nk test hg tgk.
adib: aku buat hg stgi kot?

hahaha. ni perbualan biasa aku dgn adib. sebab apa? ha. sebab dia penah kena fire dgn budak2 mana xtaw kes dok blagak bajet artis. teruih adib dok kena pam dgn kami. hahaha. pam melawak ja adib noh jgn dok ambik hati. tu aku heran dgn org hat fire adib tu la. apa yg depa nk sebenaqnya? aku pon heran. kadang kita ni x buat apa pon, dok hidup mcm besa ja pon. kuag dgn member2 biasa. tp dilabel juah sbb kami ni ada band. dok x dok kena kata buat pala artis. heran noh masyarakat lani? melayu nk maju sikit, ditolak oleh masyarakat sendiri ke takok yg lama. sampai bila org melayu kita nk maju? btoi dak? pastu taw kutuk radio reja dok main lagu indon. yala main lagu indon sbb lagu melayu lanie mana nk ada. budak2 cuba nk berkarya tp kena kondem dgn masyarakat. xdan nk buat apa lg dah bg putus asa. sepatutnya masyarakat la yg bg semangat utk berkarya. kn??

Saturday, July 25, 2009

aku nk jadi mcm mamak yasmin

seperti biasa, aktiviti malam aku dirumah adalah melepak. dan kadang kala bermain futsal. aizat fahmi yg merupakan star futsal taman aku selalu mengajak dan "set" futsal untuk budak taman aku. pada suatu malam, kami ada set futsal selama dua jam dan menjemput segala bala rakan kami untuk bermain. mmg sgt puas la malam tu. ada 20 org lebih. setelah penat bermain selama dua jam dan menyelesaikan bayaran futsal kami yg agak murah berbanding selalu kerana malam tu ramai yg main. puas pon puas. jadi kami beramai2 pergi la ke restoran nasik kandar yasmeen di pekan tanah merah berhampiran yawata untuk menghilangkan dahaga sambil melepak beramai.

setelah sampai dan menyambung meja dalam 4 buat meja gak kot. kami duduk la beramai2 sambey menunggu brahim ambik order. sampai ja brahim, dia pon mula mengambil order sorg demi sorg tanpa mencatat pada sebarang kertas. " ha keelli, minum? haa hidung, minum? haa wushi, minum? ha afro, minum?" kata2 brahim dengan pelat mamaknya memang menarik. kami sebagai antara pelanggan yasmeen mmg dia dah kenai. nama2 samaran kami mmg dia dah hapai dah. mmg bila dia sebut, kami satu meja dok gelak. pakat2 dok boh nama samaran kt org len. kata hg aku. haha. ha sambung. lepas habis dia ambik order 20 org kami, dia pi la masuk dalam bg order. pastu bila sampai ja minuman dan nasik 2.50 kami, fuhh cukup x lebih x kurang.

aku cukup teruja dgn depa. kadang2 memba aku dok buat pemain. mula order. pastu memba len order. pastu aku order balik tukag ayag. tgk2 x silap pon. haram sungguh depa ni. otak apa xtaw. rasanya mengaji x tinggi tp otak ligat gila. dengaq sekali dah hapai. aku hat mengaji u ni pon dok pi kelas haram xleh nk tangkap apa lecturer ckp. balik kena study dua tiga kali baru boleh. aku kadang dok pikiag mcm mana la depa ni dok hapai. hebat kot depa ni. depa ni menghapai utk dapat duit. aku memang tabik gila la. aku teringin nk jadi hebat mcm depa ni. sapa kata mamak yasmeen x hebat? haaa

p/s: sedih dgn kerajaan. depa bg duit utk student menghapai, tp student bukan nk menghapai apa hat depa study.

communication is a problem?

situasi 1:

nelly dilahirkan di kota yg pesat membangun di tgh2 tanah malaya iaitu kuala lumpur. setelah lama di sana, di berpindah ke utara tanah air kerana mengikut keluarganya. setelah membiasakan diri di pekan kecil bernama jitra, dia telah fasih dengan cara percakapan loghat utara dan mampu berkomunikasi dgn berkesan. jika sesiapa yg tidak mengenalinya mungkin menganggap dia berasal dari kedah.

baru2 ini nelly mula melibatkan diri di dalam dunia alam maya. di sana dia bertemu dgn rakan2 lamanya yg berasal dari kuala lumpur. dirinya kembali berasa seperti dulu. dan dia mula menulis blog. blognya ditulis mengunakan loghat kuala lumpur. dan kawan2nya yg berasal dari jitra mula membaca blognya dan berkata "esh nelly ni dok bajet KL apa xtaw". lalu nelly mula dijadikan bahan dan gosip2 panas. nelly bersedih dan pasrah dgn apa yg berlaku.

situasi 2:

nanad merupakan anak jati pekan jitra. kemudian dia mendapat kerja di Kuala Lumpur. dia dengan semangat yg tidak berbelah bahagi terus hidup di sana menjalani hidup untuk mencari rezeki. disebabkan kerjanya yg memerlukannya berkomunikasi dgn org2 di KL, dia terpaksa belajar loghat KL yg bg org kedah ia tidak sukar untuk dipelajari.

dia terus bahagia di KL dan kadang kala dia pulang ke jitra kampung halamannya untuk berjumpa dgn rakan2 seperjuangannya dulu. oleh kerana terbiasa dgn percakapan di kuala lumpur, dia terlepas kata dgn mengeluarkan loghat kuala lumpur ketika bersembang dgn rakannya. rakan2 nanad menjadikan dia sebagai bahan tawa.


konklusi:

kita tgk situasi pertama dimana org yg berasal dari kuala lumpurberpindah ke jitra. adakah salah dia menggunakan bahasa KL kerana di dalam hatinya mmg bahasa itu yg hadir dalam seluruh jiwanya. dan dia menggunakan bahasa kedah hanya untuk memudahkan komunikasi.

di situasi kedua nanad yg berasal dari kedah dan bekerja di kuala lumpur telah dijadikan bahan kerana bercakap dalam loghat kuala lumpur. adakah salah baginya bercakap dgn loghat KL dan dilabel bajet KL? adakah dia patot dilabel sebagai lupa diri?

aku pon xtaw la. tu semua atas individu kot yg menilai. aku dah 3 thn dok kt jb. kira banyak hidup aku kt jb dari kt jitra. tp aku boleh ja dok ckp kedah lg. habis desperate pon aku ckp bahasa baku. penah sekali aku kena gelak dgn brader kedai makan sbb time order aku terlepas kata pi sebut ayag nyog. pastu dia teruih terpingga2. haha. nmpk sgt dia ni JB tepu. pastu aku sebut ayag kelapa. dia gelak teruih dgn cara aku ckp kelapa yg sgt2 baku dan bukan kelape yg mcm org jb sebut. tp aku rasa tu benda biasa. aku x perlu pon jadi pengecut dan menggunakan loghat jb disebabkan aku malu dgn loghat kedah. rasa semua tu x perlu. yg penting dia paham, aku pon paham. hanya itu yg penting dlm komunikasi. receiver dapat maklumat yg kita nk bg. so xpayah la nk jatuhkan org lain sbb dia x gunakan bahasa seperti bahasa apa yg hampa guna. kn?