Tuesday, June 1, 2010

tribute to pasukan bantuan malaysia

sedang dunia yg satu mula berpecah menjadi dua
keadilan mula kabur dari sinar mataku
pihak ketiga mencari-cari rakan mereka
jari telunjuk hanya mampu mengarah jauh

di dunia nusantara yg kian pudar warnanya
ku cuba sahut akar saktimu
biar dihambur dicerca
takkan jua aku mengalah

sedar akan hadir seorang satria
perwira yg gagah mengusung panji
niat hati takkan berganjak walau digoda
merdeka hati kerana cinta


p/s: hanya ini yg dapat ku lakar buat kamu

2 comments:

Nurul Ayu said...

melankolik jugak hang nih...=p

Loqy said...

ini bukan melankolik. ini luahan hati