Sekarang gua tgh praktikal. gua hari2 lepak workshop. main besi. badan gua sikit lagi nk mcm sazali samad dah. gua taw hampa mesti mula nk kata aku ni perasan takpun bajet tough. tp gua tetap control macho baik punya ala-ala keeper nigeria tengah fly nk tepis bola sambil dalam otak dok pikir wartawan tgh tangkap gambar dia nk masuk paper pagi besok.
skop kerja gua dalam workshop ni takda la teruk sgt. setakat tolong potong besi mengikut saiz drawing yg dah ditetapkan. slain tu gua jadi helper utk angkat besi2 dan barang2 berat. dan kerja harian yg plg kerap gua buat ada housekeeping atau dalam bahasa jawa disebut menyapu sampah.
sampah kt workshop gua takdak la mcm sampah sarap dkt tapak pasar mlm. sampah kt workshop gua ni kebanyakannya cip cip besi yg bertaburan bagai butiran pasir di pantai ja. tp gua cukup kagum dgn workshop gua sbb kt workshop gua ada satu penyapu ajaib gila. penyapu ni bila kita kasi sapu cip besi kat lantai tu, terus hilang bagai mat rempit takdak lesen yg nampak ada roadblock. hilang entah ke mana. gua sampai sekarang masih musykil dgn "kuasa" penyapu ni. cukup ajaib. hebat gila mekanisma penyapu ni. gua syak penyapu ni dah dijampi dgn kuasa sihir harry potter. gua akan cuba kaji salah silah penyapu ni dah gua akan inform balik secepat mungkin.
p/s: kat penyapu tu ada tulis "magnetic broom".
Friday, June 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment