Showing posts with label kutukan. Show all posts
Showing posts with label kutukan. Show all posts

Tuesday, August 31, 2010

blogger dan nuffnang

Blogger ni gua tgk mmg banyak sgt ragam. ada yg humble. ada yg lawak. ada yg genius. ada yg pala otak mcm google (semua benda tau). tp ada beberapa yg aku sgt tak suka iaitu:

- yg jenis lawat2 blog org pastu pi kat shoutbox sambey tulis blogwalking (dgn harapan org pi usha dan follow blog dia)
- jenis yg desperate nk tulis blog. shari 3 kali. sama banyak dgn mkn. tp isi? hem. tp takleh kata apa la. blog tu kan diari. :)
- yg follow semata2 nk org follow dia balik semata2 nk bg follower dia bnyak. haaa yg mcm ni ramai. yg ni makhluk2 yg mengejar status "hot"
- yg meniru entry2 org lain semata2 utk nuffnang. haha. yg ni kes2 terpencil.

haa. sebut tentang nuffnang ni. mungkin semua blogger tegar tau dan masuk menatang ni. gua personally tak minat pasal benda ni. sebab dalam perspektif gua, nuffnang tu:

- tempat org tulis secara desperate utk cari makan dan bukan utk berkarya
- tempat org cari populariti murahan
- tempat utk cari follower dgn cepat. pastu pi join nuffnang punya mesyuarat agung apa bala. senang sikit feymes.
- tempat buat org suka update benda. pastu tak berenti2 tgk trafik. almaklum la tak sabag nk dapat cek dari nuffnang

kn nuffnanger kn?

:)

Sunday, May 9, 2010

zaman terlampau maju

zaman sekarang gua rasa cukup "interesting". gua kadang sampai takleh nk catch up dgn zaman urban ni. benda yg paling maju gua nampak sekarang ni ialah facebook. mmg cukup canggih facebook ni. gua penah nampak ada mak yg suruh anak angkat kain kat penyidai pakai facebook. anak suruh mak beli kfc pakai facebook. member order nasik sebab malas nk keluar pakai facebook. gua rasa lepas lepas ni sistem sms dgn call mmg takleh cari makan dah. sebab semua benda dah pakai facebook. mmg cukup "interesting".

tp ni benda baru gua nampak kat facebook.



orang berdoa pakai facebook. mmg cukup canggih. gua rasa org sekarang lagi suka picit facebook dari tadah tangan kat tuhan.

p/s: gua tgh tunggu org mintak cerai pakai facebook

sembang bodo petang-petang

duduk petang2. dengan biskut tiger ataih meja bersama ayag pepsi panas2 mmg masyuk. pastu sambey dok sembang bodo, membe gua tanya soalan bodo kt gua "wei awat blog hg simple gila. awat tak edit2 sikit boh layout apa boh background semua."

gua gelak sorg-sorg. makin lama makin kuat. tp membe gua blur sebab dlm hati gua dok pikiag "hahaha budak ni taw la baru buat blog pon. saja nk habag blog dia lawa la tu. warna warni." gua terus gelak kt dia sampai gua rasa benda tu dah tak lawak.

gua saja nk tak edit blog sebab blog ni gua sendiri yg baca. so gua xda nk gua font kaler2. sat kuning, sat merah, sat hijau. buat sakit mata gua sendiri ja. kalau mata gua sakit, mata org yg tgk blog gua lagi sakit.

gua malas letak background mcm gambar-gambar2 abstrak, gambar2 comel apatah lagi gambar paris hilton yg seksi tayang kuih pau dia yang tak seberapa tu. gua rasa benda tu tak membantu pon presentation blog gua. lagi menyakitkan mata ada la. cukup la gua letak header sikit bg nampak ceria. mcm rumah la. pagar mau grand walaupun isi dalam rumah sekadar tilam bujang dgn tv 14 inci serta pemain dvd untuk tengok filem menarik bila rumah kosong takdak orang kacau line.

p/s: gua bukan blogger tegar. mahupun blogger otai. gua cuma tulis untuk pesanan diri gua dan rakan2