Knal tak adi putra yg terer pandai tu?? dlu aku time darjah 2 mcm dia la.. bosan dah dok kelas rendah2.. so aku jmpa la ckgu aku nk mntak naek kelas cepat2... ni ha cita dia...
“Saya terlalu genius untuk berada di darjah 2, kakak saya menduduki SPM dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.
Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa aku ke pejabat pengetua. Sementara aku menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada aku dan kalau aku gagal menjawab, maka aku harus kekal di darjah 2 dan berkelakuan baik. aku dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada aku dan aku bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.
Pengetua: Apa 3 x 3?
aku: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
aku: 36
Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan aku mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Afiq ni?”. Pengetua dan aku bersetuju.
Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
aku: hm.. Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
aku: Poket
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” , ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
aku: Kelapa
Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, aku terus menjawab.
aku: Gula-gula getah (chewing gum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan aku terus menjawab.
aku: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
aku: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
aku: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
aku: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi aku mendahuluinya.
aku: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
aku: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
aku: Okay
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
aku: Firetruck
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
aku: Fork
Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
aku: Surname
Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
aku: Heart
Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh aku, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.
tuntasnya, ak konpom la hampa punya jawapan mesti laen gila2 ngn aku kan?? haha.. suci kan otak aku. hahaha xpa la wei. nk p surau sat.
Tuesday, April 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment