Monday, April 19, 2010

Matematik sampai tepu

dulu-dulu bila gua stat kenai dunia mak gua mula ajaq aku 1,2,3. bila gua dah mula bijak sikit, hingus pon dah x meleleh2 dah mak gua antar masuk skolah. mula la belajar kira-kira. tambah, tolak, darab ngn bahagi. kira time ni gua la tukang pi beli barang rumah kat kedai runcit. kira pakcik tu dah tak boleh nk tipu gua la bab kira-kira ni. mmg dia takda chance la nk tap sekupang dua dari gua.

bila gua dah masuk skolah menengah, gua dah mula stat blajar advance sikit. dah mula kenal istilah x,y, pembezaan (differentation kalau budak2 skarang blajar), pengkamiran (integration), log dan mcm2 lg. ni semua banyak jumpak dalam matematik tambahan. gua time ni otak maintain jadi calculator lg. tp bila dah masuk universiti ni, otak gua mmg dah tepu gila. belajar matematik dah tak nampak logik. ada laplace la. double integral la. tah menatang jadah apa lg.

pastu gua terpikir. matematik ni mesti la logik kan? alaaa.. senang saja. 1+1=2. cukup logik. tp cuba tgk bawah ni. gua sikit lg nk "murtad matematik"

a = 1
b = 1

a = b
a^2 = b^2 (kuasa dua dua2 belah)
a^2 - b^2 = 0
(a-b)(a+b) = 0
(a-b)(a+b)/(a-b) = 0/(a-b) (bahagi dua2 bahagian dgn (a-b))
1(a+b) = 0
(a+b) = 0
1 + 1 = 0


hah. apa nk kata?

No comments: