Saturday, May 1, 2010

kisah balik kerja

jam tepat menunjukkan pukoi 5 pg. aku pon segera menuju ke tmpat punch card. lepas settle smua, aku terus menaiki moto e kali 5 yg aku pinjam kat memba aku. tanpa lengah aku mula perjalanan pulang aku ke rumah sewa aku yg terletak lebih kurang 20 minit dari tempat kerja aku. dengan kelajuan 60km/j, sejuk dia boleh tahan. kalau sapa yg lepas minum tu boleh kencing serta merta. dgn jalan yg gelap tanpa lampu tepi jalan. sekali sekala nampak cahaya lampu kereta dari arah bertentangan.

aku pon mula menyanyi lagu "kekasihku di menara" nyanyi ukays. dah tu ja yg boleh aku buat untuk menghiburkan hati. tiba-tiba aku terasa angin seram sejuk dari arah tepi. aku cuba lihat dari arah tepi. hati aku dah jadi gundah gulana.

aku mula berasa tak selesa. lagu ukays td aku dah tukar dgn ayat2 hafazan yg aku ingt. aku pon tgk dkt side mirror belah kanan. nampak ada benda putih dibelakang aku. aku hanya nampak bahagian belakangnya. aku nk tgk sebelah lg pon moto memba aku ni ada sebelah ja side mirror. besa la. bekas mat rempit kuala nerang.

aku mula gelisah. aku cuba beranikan diri. pastu aku naikkan bogo helmet ms88 memba aku terus aku kalih nk bgtaw something kt lembaga kt belakang tu.

"minyak kita kira tong-tong noh."

serta merta lembaga tu hilang...

2 comments:

AyuE said...

aku rasa lembaga tu takot tgk muka hang kot..

kucinglipat said...

dak. dia takut sebab dia xdak duit nk bayag duit minyak. hahaha