Monday, October 26, 2009

delicate therminology

satu benda yg plg menarik tentang dunia ni, kita taktaw apa yg akan berlaku lepas ni. ya la kalau kita taw mmg dah jadi tak menarik la kn? tak la org tikam nombot ekoq, takdak la org bet time tgk bola dan menjadikan semua benda ni dah tak menarik. tp yg plg penting kita menikmati dunia ni sepenuhnya. masa-masa muda ni la nk cari kenangan, cari kematangan, cari pengalaman. dan yg pasti bak kata ted mosby dalam siri how i meet your mother, "dont postpone your joy". tp ni bukan bermaksud menikmati ke arah yg sia-sia. tp ke arah memberi kenangan.

bercinta. tu rasanya kenangan yg wajib ada dlm seseorg remaja. agak buhung la kalau ada org kata xdak kenangan pasai bercinta. ada saja karenah dan ragam. ada yg stai setiap bulan awek baru, ada yg jenis kekasih awal dan akhir mcm lagu jamal abdillah tu, ada yg jenis awek ramai satu masa. beribu cerita boleh kita dengaq pasai org bercinta ni. tp apa yg baiknya pasai benda ni, kita boleh lebih paham pasal dunia, pasal manusia, pasal komunikasi, dan macam2. semua dalam satu package mudah guna. cantik kan benda ni? tp apa pon biarlah kita terus matang hadapi dunia. walaupun kadang ada jatuh bangun. hati manusia tu kena jaga. bak kata fadel akmal, "hati-hati dengan hati". memang penuh bermakna ayat ni bila 1st time aku dengaq

kawan-kawan. haaaa natang ni la yg satu2 benda aku xleh hidup kalau xdak. bukan kata aku, semua org pon sama. xdak awek xpa lg. xdak kawan, boleh kena penyakit ketandusan pemikiran. dan masa muda ni la rasanya saat paling sesuai untuk dengan kawan2. sbb aku tgk kalau org dah kawin, terutama yg dah lama sikit kawin tu family come 1st. dan time tu la saat kenangan time dgn kawan2 ni jadi cerita kt anak2. dan untuk aku, depa ni la 1st benda aku pikiag kalau nk dekat dgn cuti. menghabiskan masa dgn kawan2 tanpa hirau apa2 pasai pelajaran. mmg saat terbaik dan mimpi indah untuk aku. mungkin ada kawan yg sentiasa dok sebelah kita, ada yg jenis tenggelam timboi, ada jugak yg jenis jumpak skali ja pastu hilang bertahun2. tp tu semua kawan. hebat gak la title kawan ni. senang dan efektif. walaupun kedengaran senang tp nk cari yg betoi2 kawan tu susah. dan aku dah ada beberapa org yg dipanggil kawan dan aku syg depa semua. muahhh3 beliu kawan2. hahaha.

p/s:adib, pastikan projek kita berjalan lancar. kita perlu berusaha keras. its gonna be legend.. wait for it.. dary.. legendary!

Thursday, October 22, 2009

Diskriminasi hayat

benda ni mmg konfem akan terjadi dlm hidup kita kn? terutama kt tempat2 mengaji. konfem ada la berlakunya double standard antara "junior" dan "senior" yg kononnya lebih tua dan berkuasa nk buat apa saja kt junior. aku pon mcm dah pelik dgn benda ni walaupun mmg sentiasa ada disisi aku. mungkin aku x rasa kt sini sbb aku kalau kt rumah mmg kawan dgn semua, dgn budak form 1 pon aku kawan tanpa ada rasa yg "ehh dia ni kecik lg. apa standat kawan dgn dia". mungkin sbb kt rumah aku, memba2 aku langsung tidak mengamalkan diskriminasi umur yg diamalkan oleh pelajar2 bermazhab "xdak akai". yaa itu saja yg aku boleh kata kt golongan ni. tidak berpenah keluar dari kotak hitam sendiri.

ayat "what goes around come around" yg aku baru taw dari membe aku ni mmg dah jadi mainan mulut budak2 bermazhab xdak akai ni. bg depa ini semua misi membalas dendam sbb dulu time depa junior, depa telah dilayan sedemikian rupa. dan layanan yg sama akan dilakukan kepada junior kononnya takut junior ini naik kepala. apa maksud naik kepala bg mereka? adakah bermaksud hanya mereka boleh membuat sesuatu sedangkan junior tidak? adakah mereka ingin berasa berkuasa?. diktator yg boleh aku labelkan. ingat. lepas kita jadi senior, kita akan jadi junior semula. hingga penghujung jalan kita jumpa jalan yg tak boleh kita patah balik.

sebenarnya pelbagai cara yg depa ni guna. dari pengalaman aku, time skolah asrama dulu, senior menggunakan kekerasan untuk menunjukkan kuasa mereka. yakni lebih kepada aktiviti fizikal. tapi mungkin dah lumrah time skolah. tp yg peliknya adalah gejala ini berlarutan ke universiti. aku ingt kt u dah xdak sbb dulu sblm masuk u mmg semua org kata kt u ni lebih kepada konsep hg hg, aku aku. tp nampaknya mazhab ini masih dianuti oleh beberapa makhluk yg bak kata pete doherty "clever not wise". dengan cara yg lebih licik, di universiti mazhab ni lebih mengamalkan konsep memulau junior. mungkin kedengaran seperti mengarut tetapi ada juga berlaku walaupun tidak memberi terlalu banyak efek kepada kehidupan.


kepada mereka yg menganuti mazhab "xdak akai" ni. tlg lah kembali ke jalan yg lurus. bertaubatlah sebelum terlambat.

Tuesday, October 20, 2009

kisah ringkas

osman: hye awk

rosnab: hye.. erm.. awk suka saya tak?

osman: (awat dia ni tiba2 tanya soalan mcmni). ermm suka la. awat?

rosnab: saja la tny. syg banyak mana?

osman: (isk dia ni tanya sropa dia tak tau ja). suka banyak2 la. ha awk suka saya tak?

rosnab: emm sbb awk ckp suka td, saya pon suka la

osman: (tudia nampak sgt suka aku sbb terpaksa ja) habis kalau saya kata tak suka?

rosnab: hmm saya pon tak suka la dah awk kata tak suka. awat?

osman: (nampak sgt dah kata x suka, xdak pendirian. tak pa aku test lg.) haaa mcmna kalau saya yg tanya awk dulu, awk nk jawab apa?

rosnab: saya jawab x suka. sbb malu.

osman:( dgn aku nak malu? betoiiinya. kalu mcm tu aku pon boleh gak). ohh macam tu saya pon tak suka awk.

rosnab: *&%#%^**%%^

lalu osman dimaki sepuas hati. padan muka dia. hahaha

p/s: pandai2 la ampa ambik pengajaran noh

Monday, October 12, 2009

perubatan melayu tradisional

mungkin tajuk ni mcm biasa ja kan. yala. melayu kn banyak petua2 perubatan dan kita slalu dengaq contohnya kalau demam, minum ayag nyog muda. kalau angin, minum teh halia. tp tu semua mcm dah biasa sgt. aku teringin jugak menyingkap tentang perubatan mistik nusantara. aku bukan la berpengalaman tp aku ada la jugak dengar pasal benda ni dan kerap membaca artikel2 pasai menatang ni semua. mesti hampa kdg2 penah dok jumpak sorg lelaki kt pasar mlm @ uptown yg diatas mejanya penuh akar kayu dan kadang2 ada seekor burung dlm kotak kaca. mesti biasa kan?

penah anda dengar tentang buluh tumpat, cakar harimau, kemenyan bunian, senduduk putih, raja kayu, delima merah, bulu cenderawasih, buluh perindu, buah kokka dan sebagainya? mungkin ada sesetengah benda ni hampa penah dengaq kn? tp betoi ka benda ni memberi efek seperti sebagai pelindung, penarik, memurahkan rezeki dan sebagainya? aku sendiri xtaw sbb aku rasa benda ni lebih kepada tahyul. kalau nk simpan benda ni sbg koleksi tu ok la tp nk percaya tu mcm payah sikit. ayah aku ada jugak la simpan benda2 aneh ni sbb ayah aku mmg suka benda2 pelik ni. aku penah jmpak la benda2 mcm cakar harimau, bulu cenderawasih dkt rumah aku. pelik kan semua benda ni. dan aku rasa benda ni berbaloi utk sibuat koleksi sbb pada zaman lani, dah payah jumpak dah benda2 "rare" mcmni.

cenderawasih, burung legenda yg bukan sahaja nusantara ni ja yg tau bahkan seluruh dunia dan burung ni juga dikenali sbg "pheonix". betoi ka burung ni habitatnya hanya di langit dan mknnya hanyalah awan dan hanya turun ke bumi ketika ajalnya tiba? mungkin ada yg percaya sbb anda x penah tgk burung ni depan mata mahupun di kaca tv secara hidup2. tp aku dngan mata kepala aku sendiri pernah lihat sekawan burung cenderawasih ni di dalam sangkar di lai huat garden (aku xtaw eja nama dia) dekat dgn asun (utara kedah). menarik kan? dulu aku mcm percaya gak burung ni xleh jumpak hidup2. tp semua tu hanya dongeng semata-mata. menarik kn org melayu ni? banyak kepercayaan dan petua2 yg menarik. lepas ni aku nk ambik phd dlm petua2 melayu tradisional dan alam mistik nusantara. yeah!

Wednesday, October 7, 2009

kisah udang disebalik cucur

aku macam biasa la. lepas penat dengar lecturer berletiag pasai reservoir condition dan bagaimana nk mengira isipadu hydrokarbon, aku mula melangkah keluar dari kelas dgn kepala yg dah tepu seperti keadaan stesen bas butterworth pada hari minggu yg sesak dgn pendatang asing. semak pala weh!. haha tp aku masih melangkah dgn penuh senyuman kerana destinasi seterusnya selepas kelas adalah gerai cucur udang dekat dgn blok aku. cucur dia ni mmg agak terbaik sbb time kita order tu baru dia nk goreng. mmg makan panas2 la wa ckp lu. meleleh ayag lioq beb.

bila sampai tu. lepas mengenal pasti meja yg kosong dah cuma menyelesakan diri dgn keadaan sekeliling. aku seluk poket aku. ambik kotak rokok sampoerna dah mengoncang2. haram sungguh tinggai sebatang. lalu aku batalkan niat aku nk isap sbb sbtg tu nk reserve lepas makan satgi. plan mau cantik. dok sat, makcik kedai cucur tu mai. dgn ckp loghat utara dia mai tanya aku, adik nk minum apa. aku pon jawab la teh tarik satu. cucug udang seringgit. pastu time makcik tu nk blah, aku panggey balik sbb nk tambah order. "makcik makcik". dia dgn laju beralih pastu kata "makcik? amboi tua sgt ka nk panggey makcik". aku pon jawab "haa kak. tambah kropok lekor seringgit lagi noh". padahai time tu dalam hati aku dok kata "cuih dok berasa muda apa xtaw makcik ni. mujuq aku x mkan lagi. kena la puji satgi tkt dia dok buat deje dok antag cucug aku lewat stgi bodo ja". pastu sambey dok tunggu cucug aku mai aku dok usha la org mai. ada hat mai dgn awek. dgn buat muka megah mcm dia sorg ada awek. kalau lawa xpa la gak. ada gak yg mcm aku, mai mkn lepas kelas sbb aku tgk depa semua pakai kemas smcm dgn kasut tutup siap.

pastu dok sat cucug aku sampai. aku ambik la letak rapat sikit bg mudah makan. yala takut kuah kacang tumpah stgi org kata tak sopan plak kan. pastu aku kelebet punya kelebet cucug tu, aii udang ni ada bahagian ekoq ja. badan dia hilang mana. aku pon heran la. xpa la. dgn niat ingin tahu, time nk bayag tu aku tanya la makcik muda tu td. "makcik awat dalam cucug ni ada ekoq udang ja?". pastu dgn penuh keyakinan makcik tu jawab "ha baik kn makcik? setiap cucug ni makcik boh seekor udang". time tu aku rasa jisim kaki aku dah kurang menjadi suku dari jisim asal. rasa ringan ja nk sepak ja makcik ni. lawak sungguh noh makcik ni? boleh masuk rancangan spontan kot? hahaha

Thursday, October 1, 2009

its all magic until u know its a trick


pasal magic2 ni aku mula minat dari skolah menengah lagi. time tu ada la membe2 dok buat magic2 bodo pakai kad terup. pastu bila mula mengenali youtube, aku mula rajinkan diri dok tgk benda alah ni. mmg menarik pon. pastu nk jadi cerita, bila aku masuk utm ni ada sorg membe aku ni mmg pro gila buat card tricks. time tu aku mmg menjadi peminat setia dia la. bila dia buat ja aku mesti ada sebelah dok tgk. fokus aku pada masa tu melampaui 110% dari kadar fokus seekor burung kakak tua. dan dari situ aku mula explore sendiri dunia magic ni.

mungkin bagi org magic ni satu benda yg impossible. tp dengan memanipulasikan ilusi optik manusia, suatu pergerakan yg simple boleh jadi suatu yg mustahil. dan seni ini la yg dipanggil magic. bagi kita, sesuatu yg mustahil itu kita akan terus libatkan dengan syaitan. tp semua tu suatu yg tidak logik kerana ilusi yg dihasilkan oleh para magician ini sebenarnya telah dipraktis sejak sekian lama. tp sejak akhir2 ni aku dapat taw ada seorg magician dekat channel astro yg dok reveal semua magic ni. aku rasa dia agak tidak patut buat mcm tu sebab mulai saat itu, magic ni dah jadi suatu yg tak interesting. tp ada jugak good impact dari benda ni. mungkin lepas ni para magician kena la menambah baik trick2 mereka. menjadi sesuatu yg bak kata org putih "beyond impossible". hahaha. kalau ada sapa yg tertarik nak tgk magic2 ni boleh ja search kt youtube. bersepah video dari budak2 kecik buat magic bodo sampai la professional magician.

dan aku nk gak promote dua org magician yg aku respek:

gregory wilson - dia ni magician+comedian. dia jugak dapat gelaran king of steal sebab cekap curik brg org. memang haram sikit dia ni punya prangai

katsuya matsuda - dia ni magician yg buat trick melampau batas pemikiran manusia. trick dia mcm simple tp sakit otak gak la nk pikiag.

kalau sapa yg berminat tu tgk la noh. dan lagi satu aku nk pesan, jgn dok percaya la benda2 tahyul ni. hahahaha.