Thursday, October 22, 2009

Diskriminasi hayat

benda ni mmg konfem akan terjadi dlm hidup kita kn? terutama kt tempat2 mengaji. konfem ada la berlakunya double standard antara "junior" dan "senior" yg kononnya lebih tua dan berkuasa nk buat apa saja kt junior. aku pon mcm dah pelik dgn benda ni walaupun mmg sentiasa ada disisi aku. mungkin aku x rasa kt sini sbb aku kalau kt rumah mmg kawan dgn semua, dgn budak form 1 pon aku kawan tanpa ada rasa yg "ehh dia ni kecik lg. apa standat kawan dgn dia". mungkin sbb kt rumah aku, memba2 aku langsung tidak mengamalkan diskriminasi umur yg diamalkan oleh pelajar2 bermazhab "xdak akai". yaa itu saja yg aku boleh kata kt golongan ni. tidak berpenah keluar dari kotak hitam sendiri.

ayat "what goes around come around" yg aku baru taw dari membe aku ni mmg dah jadi mainan mulut budak2 bermazhab xdak akai ni. bg depa ini semua misi membalas dendam sbb dulu time depa junior, depa telah dilayan sedemikian rupa. dan layanan yg sama akan dilakukan kepada junior kononnya takut junior ini naik kepala. apa maksud naik kepala bg mereka? adakah bermaksud hanya mereka boleh membuat sesuatu sedangkan junior tidak? adakah mereka ingin berasa berkuasa?. diktator yg boleh aku labelkan. ingat. lepas kita jadi senior, kita akan jadi junior semula. hingga penghujung jalan kita jumpa jalan yg tak boleh kita patah balik.

sebenarnya pelbagai cara yg depa ni guna. dari pengalaman aku, time skolah asrama dulu, senior menggunakan kekerasan untuk menunjukkan kuasa mereka. yakni lebih kepada aktiviti fizikal. tapi mungkin dah lumrah time skolah. tp yg peliknya adalah gejala ini berlarutan ke universiti. aku ingt kt u dah xdak sbb dulu sblm masuk u mmg semua org kata kt u ni lebih kepada konsep hg hg, aku aku. tp nampaknya mazhab ini masih dianuti oleh beberapa makhluk yg bak kata pete doherty "clever not wise". dengan cara yg lebih licik, di universiti mazhab ni lebih mengamalkan konsep memulau junior. mungkin kedengaran seperti mengarut tetapi ada juga berlaku walaupun tidak memberi terlalu banyak efek kepada kehidupan.


kepada mereka yg menganuti mazhab "xdak akai" ni. tlg lah kembali ke jalan yg lurus. bertaubatlah sebelum terlambat.

No comments: