Friday, July 17, 2009

dah nasib

"nora syg loq tp.." kata nora dgn sayu membuat aku tersentak. terus aku merenung muka dia

nora paling ke arah lain seperti melihat sesuatu di langit yg membiru.

aku terus hisap sampoerna hijau yg marak menyala. hisap sehingga habis nafasku sambil menanti nora menyambung kata-katanya dengan penuh berdebar.

nora terus membisu dan tidak melihat mukaku yg menanti setiap patah perkataan dari bibir mungilnya. terus diam membisu tanpa ada niat utk menyambung kata-katanya

aku turut mendiamkan kerana ku tahu perkataan yg akan keluar nnt tentu aku membuatkan aku kecewa.

lalu aku memberanikan diri utk bertanya, "tapi apa nora. cakap ja. loq boleh terima"

nora terus memandang mukaku dan lantas berkata, "nora x dapat terima loq"

aku menjadi sayu. kami hanya membisu. aku hanya diamkan diri, menutup mataku sambil menahan sebak di dada.

tiba-tiba..

aku terdengar bunyi lagu long before rock and roll nyanyian mando diao berdendang di gegendang telinga ku. semakin lama semakin kuat.

aku mula membuka mataku walaupun berat. dengan sepenuh tenaga yg ada aku memerah kudrat membuka mata utk melihat telefon bimbitku. aku agak terkejut apabila di skrin telefon bimbitku tertulis "alarm 6.20 a.m"

cis. mimpi rupanya. tengah sedap dok mimpi nora danish. potong betoi. dah la mimpi kena reject dgn nora danish. dalam mimpi pon kena reject, kalau real mmg sah2 la. nampak sgt dia xmaw kt aku. hahaha.

No comments: